Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Showing posts with label Metformin. Show all posts
Showing posts with label Metformin. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Metformin Side Effects

Diarrhea
Nausea or vomiting
Gas
Weakness
Indigestion
Abdominal discomfort (or stomach discomfort)
Headache
Lost of appetite

selalunya sesapa yang ade PCOS Dr akan bagi at least 1500mg metformin..which is kena amik 2biji yang 850mg punya..tapi ade sesetengah Dr derang bagi ubat lain (saya tak pasti nama apa)..contoh kawan saya..Dr tak bagi Metformin kat dia

metformin dia ade 2 jenis ada yang 500mg dan juga 850mg

saya ada terbaca kalau amik kurang..metformin tak berkesan untuk PCOS..so memang kena amik at least 1500mg..(correct me if i'm wrong)..

saya memang makan 2 biji metformin 850mg(1700mg) pada mulanya...tapi side effect seperti di atas tu memang sangat teruk saya rasakan..saya memang muntah teruk..apa saja yang saya makan..saya akan muntah baik..lebih kurang seminggu saya jadi macam tu..sampai la saya jumpa Dr balik sebab saya dah tak tahan..dah bangun pon tak larat...bayang kan tengok makanan saya nak termuntah..apetah lagi bila tengok hubby makan..memang tekak saya rasa nak muntah depan dia jugak...hubby sangat kesian ngan saya time tu sebab..macam2 side effect saya kena terima..(haihh..sedih plak bila ingat balik)

Cherry berry jangan cakap la..sehari 3/4 kali masuk toilet..itu takpe lagi boleh terima..bab kena muntah tu..memang cannot go kawe..

memula ingat side effect ni sebab makan clomid..bila jumpa Dr baru la dia kata side effect ni banyak disebabkan oleh metformin (tu la pepandai jadi Dr..haha)

clomid pon still ade side effect..cuma side effect dia saya dapat ialah pening2 lalat...

bila jumpa Dr balik dia suggest kalau rasa tak boleh makan so tak payah makan pon takpe..ataupon try makan sebiji (850mg) je dia kata (time ni jumpa Dr lain dari Dr yang bagi metformin tu)...ape lagi bila dengar kata tak payah makan..hep hep hooray la..terus tak makan langsung balik tu..

bila jumpa kali kedua sebab datang period(cycle yang pertama tak jadi)..saya jumpa Dr yang sama bagi Metformin tu..dia pulak suruh makan balik..jangan tinggal....huhuhu..

so sekarang saya memang makan la metfomin tu cuma tak berani nak makan 2 biji..takot jadi macam aritu..sobsob

dah la ubat dia besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....tak suka nya!!!

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Tuesday, April 12, 2011

PCOS

ade sape2 yang satu kapal ngan saya? saya tau PCOS ni sejak saya baca portal alam hamil juga baca dekat forum dia sama..pastu search info2 lain sikit2...masa tu saya tau kemungkinan besar saya ade PCOS..cuma masa tu belom confirm ngan Dr je lagi..tapi bila dah check memang Dr confirm ade PCOS sebab ade folikel2 kecil kat sekitar ovary pastu bila scan kat perut nampak macam ade ring... :)

jom kita baca sikit sebab PCOS ni..PCOS ni kalau dalam bahasa senang nya..tiada ovulasi..kalau tiada ovulasi maka tiada telur..jika tiada telur maka macam mana dia nak senyawa ngan sperm yang sedang berenang2 dia tepian pantai ovari itu..hihi

credit to portal.alamhamil.com dan juga wikipedia


Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Kebanyakkan penghidap PCOS mengalami simptom yang berbeza seperti:
Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis

Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.



Rawatan


Rawatan untuk PCOS seringnya disesuaikan, bergantung kepada matlamat-matlamat pesakit. Jika pemulihan pengovuman dan kesuburan diingini, jadi metformin dan/atau klomifen sitrat akan diberikan. Untuk kes-kes kerintangan klomifen, suntikan hormon perangsang folikel boleh digunakan. Jika hirsutisme merupakan kebimbangan utama, jadi kontraseptif mulut dan siproteron asetat ataupun spironolakton (sejenis penghalang reseptor androgen) digunakan.

Sebaliknya, jika matlamat ialah untuk mencegah kesan estrogen anovulasi yang tidak terhalang dan yang boleh mengakibatkan hiperplasia endometrium dan kanser endometrium, maka kontraseptif mulut atau progestin siklik akan diberikan.

Diet-diet karbohidrat rendah dan senaman tetap yang kekal juga amat bermanfaat. Lebih baru-baru ini, doktor-doktor dan pakar-pakar pemakanan sedang menyarankan diet GI rendah yang sebahagian besar jumlah karbohidratnya diperoleh daripada sumber-sumber buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijian sempurna. Diet-diet ini membantu wanita-wanita yang mengalami PCOS untuk memeihara aras-aras gula darah dan insulin yang tetap dan membantu dalam hilang berat. Diet yang terdiri terutamanya daripada makanan GI rendah bersama dengan senaman tetap juga akan membantu memerangi kesan-kesan kerintangan insulin.

Banyak wanita mendapati bahawa ubat penurunan insulin seperti metformin hidroklorida (Glucophage®), pioglitazon hidroklorida (Actos®), serta rosiglitazon maleat (Avandia®) amat membantu, dan pengovuman boleh memulakan semula jika agen-agen ini digunakan. Banyak wanita melaporkan bahawa penggunaan metformin mengakibatkan sakit perut, cirit-birit, dan hilang berat. Kesan-kesan sampingan tersebut biasanya akan hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Kedua-dua gejala dan hilang berat kelihatan dikurangkan dengan versi-versi ubat pembebasan perlahan.

Kebanyakan kajian terbitan menggunakan metformin generik atau versi ubat biasa yang bukan pembebasan perlahan. Memulakan dengan dos rendah dan beransur-ansur menambahkan dos pada sepanjang tempoh 2-3 minggu serta memakan ubat pada akhir sarapan mungkin dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan. Walaupun penggunaan suhu badan asas atau carta-carta BBT kekadang dinasihati untuk meramalkan pengovuman, percubaan-percubaan klinikal masih belum menunjukkan sebarang peranan yang berguna. Masa selama enam bulan mungkin diperlukan untuk melihat kesan positif, tetapi apabila digabungkan dengan senaman dan diet indeks glisemia rendah, sehingga 85% daripada pesakit-pesakit akan memperbaik ketetapan kitaran haid dan pengovuman mereka.

Penyelidikan permulaan juga membayangkan bahawa risiko keguguran dikurangkan dengan ketara apabila Metformin dimakan pada sepanjang tempoh kehamilan (9% berbanding dengan sehingga 45%); bagaimanapun, penyelidikan lanjut masih diperlukan dalam bidang ini.
Bagi para pesakit yang didapati bahawa ubat peka insulin tidak berkesan tetapi masih hendak mengandung, terdapat banyak pilihan yang sedia ada, termasuk klomifen sitrat untuk mencetuskan pengovuman serta prosedur-prosedur ART seperti hiperstimulasi ovari terkawal dan IVF.

Perangsangan ovari menimbulkan risiko hiperstimulasi ovari yang berkait bagi para wanita yang mengalami PCOS — suatu keadaan berbahaya dengan morbiditi dan kekadangnya juga kematian. Perkembangan-perkembangan baru-baru ini membenarkan oosit yang wujud di dalam folikel berbilang untuk dikeluarkan daripada kitaran-kitaran semula jadi tak teransang, dan kemudian dimatangkan in vitro sebelum IVF. Teknik ini dikenali sebagai IVM (bahasa Inggeris: in-vitro-maturation) atau pematangan-in-vitro.

Walaupun pembedahan biasanya merupakan rawatan jalan terakhir, ovari polisistik boleh dirawat melalui prosedur-prosedur pembedahan seperti:
elektrokauterisasi laparoskopi atau pengkauteran laser
peresekan baji ovari (kini jarang dilakukan kerana ia lebih invasif, dengan risiko pelekatan sebanyak 30% dan kekadangnya lebih teruk, dan boleh menjejaskan kesuburan) yang merupakan terapi lebih lama
penggerudian ovari

tu je info utk hari ni..

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Monday, April 4, 2011

kisah LPPKN lagi

lagi kisah LPPKN...tapi kali nak update..bukan sebab pegi LPPKN tapi sebab dah berubah arah ke putra medical centre sg buloh

sekarang ni tak pegi dah LPPKN..tak pegi sebab masa tukar keje susah nak mintak cuti..ye la kan..kita baru lagi kat opis tu tetiba nak mintak cuti bagai..cam tak patut plak..kalau appointment LPPKN ni plak normally waktu keje..so susah sikit..at last decide ngan hubby berubah ke PMC..dekat dan mudah sebab boleh buat appointment malam..

tapi sekarang dah jadi full time house wife...plan macam nak pi LPPKN balik..tapi nanti la bincang ngan hubby balik sebab dia macam tak mau sebab sekejap sana sekejap sini..

dekat PMC dah amik treatment dah 2 kali cycle dah..tapi 2 2 nya tak berjaya.sekarang baru je abis period..cuma period kali ni tak pegi PMC dah untuk makan clomid..sebab ingat nak try cara lain pulak..nak pegi syifa al hidayah..tapi dari pagi tadi call asyik laaaa busy...hmm...ramai agaknya nak buat appointment ngan derang..takpe lah..try la esok2..mana tau ade rejeki

dekat PMC doc bagi clomid, asid folic ngan metformin..clomid tu memang tak mis makan la masa tu..tapi bab nak makan metformin tu..perghhh...dah la ubat dia besar nak mampos..pastu bila makan je asyik rasa nak termuntah..seksa betul..so jarang2 la makan sebab tak tahan bab muntah tu..kul 3 4 pagi dah bangun muntah...lebih kan orang preggy lagi..orang preggy pon muntah tak teruk macam tu..

bila dah jadi cam tu memang amat lah jarang-jarang sekali makan..

k lah..till then :)

Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena