Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Ujian Allah mendekatkan diri kita kepadaNya

Assalamualaikum :) adakah anda2 sihat..saya seperti biasa saja, tiada yang luar biasa..hehe.. Alhamdulillah..

sekarang sudah hampir separuh jalan..semoga Allah memberkati perjalanan si kecil yang berada didalam rahim ini..insyaAllah

walau macam mana pun kerisauan tetap ada dalam hati..itu dah menjadi satu kemestian..bila baca cerita tentang ibu yang keguguran bayi berusia 5 bulan..terdetik di hati ini andai Allah memberikan ujian yang sama seperti wanita tersebut..T_T semoga Allah kuatkan iman ku dalam menghadapi segala bentuk ujian daripadaNYA

ujian datang dalam pelbagai bentuk..bila saya dikurniakan nikmat mengandung saya tetap berfikir nikmat ini juga adalah salah satu ujian dari Allah, apabila kita sudah dikurniakan cahaya mata..itu juga salah satu bentuk ujian..Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28).

kita sering berfikir selalunya ujian datang dalam bentuk kesusahan tetapi ujian datang dalam pelbagai bentuk..kesenangan yang kita ada juga adalah salah satu ujian dari Allah.. saya juga tidak tahu adakah selepas kelahiran bayi ini Allah akan uji kita dengan ujian lain pula..tapi bersangka baik je lah yang termampu kita lakukan..

Andai kita diuji, Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan hati kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya. “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

semoga dengan ujian2 yang kita terima dari Allah menjadikan kita insan yang lebih baik..insan yang hanya mencari keredhaan Allah..

saya juga sedang belajar menjadi insan yang lebih baik..insyaAllah.. walaupun kadang2 syaiton ni selalu merasuk jiwa raga ku berkata yang bukan bukan..huhu..

see ya..

Assalamualaikum :)
Read More

Tuesday, August 9, 2011

doa dan amalan untuk betulkan period

sticky post

saja buat :)

sindrom period tak betul ni memang menjadi masalah betul untuk kita ni kan...macam2 orang cuba untuk betulkan period..cemgitu jugak la saya pun..bab period ni boleh pening mikir..bila lambat mula la pikir preggy..bila check satu line je..bila satu line mikir menda lain pulak..lepas tu berlarutan la..bila melalut makan pun tak lalu pening kepala..mula pikir eh preggy ke..haha..haihhh...tak kena saja semuanya

so doa dan amalan ni saya ambil dari mamifika..saja nak share sini pulak lagipun boleh simpan kat blog sendiri.. :)

mintak copy ye mamifika..jangan marah nanti kena jual..hehe..

saja nak bagitau mamifika ni satu kampung ngan saya..kebetulan....sekolah pun sama dulu..sabo je la


1.niatkan dalam hati nk dapat period yg betul/regular..
2.bacalah surah Ali-Imran ayat 5-6 , selepas solat Subuh dan Asar......
3.amalkan dgn penuh yakin.....InsyaAllah

petua dari seorang pensyarah Universiti Al-Azhar...
sy dapat dari FB seorng kwn...
InsyaAllah,akan dapat period yg betul...
sama2 berusaha dan berikthiar..
selain tu, tawakkal pada Allah...


1)haid tidak dtg selama setahun atau xperiod lama sgt
-saya syor beli sebotol cuka dan dibacakan fatehah 1x,yasin ayt45 33x dan lauanzalna 3x (al hasyr 21)tiup sampai habis nafas pada cuka.Pastu sapu kat ari2 2x sehari...-setelah pesakit mencuba selama 2hari alhamdulillah dgn izinNYA telah datang haid...

2)haid turun tanpa henti selama beberapa bulan
-saya syor spt yg saya telah sebut diatas..
-setelah pesakit mencuba selama seminggu,alhamdulillah ada perubahan dan darah haid semakin berkurangan..

3) keguguran lebih empat kali
-saya syor juga spt yg saya telah sebut diatas..
-setakat nie alhamdulillah kandungan sudah mencecah 4 bln dan sihat wal afiat...

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Wednesday, April 27, 2011

bertabahlah rakan-rakan :)

Apabila doamu cepat dijawab Allah,ini kerana Allah menyayangimu
Apabila doamu lambat dijawab Allah,ini kerana Allah sedang mengujimu
Apabila Allah tidak menjawab doamu,ini kerana Allah mempunyai perancangan terbaik buatmu
Bersangka baiklah terhadap Allah,kerana Kasih Sayang Allah mendahului KemurkaanNya

3 golongan orang yang tidak ditolak doanya oleh Allah:

1. Orang yang ber PUASA
2. Pemerintah yang Adil
3. Orang yang Dizalimi

Semoga bersama sama kita bersabar dan bertabah dalam hidup.


See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Monday, April 18, 2011

24 Peringatan Buat Wanita

bila baca sampai habis rasa macam..ya Allah...banyaknya kekuranganku..

oh suami...maafkan saya diatas kekurangan isteri mu ini :(

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


Tips Cinta ini telah di sampaikan oleh saudari Puteri Ardini di Forum Tentang Cinta.

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Saturday, April 9, 2011

blog best

pagi2 lagi dah blog walking...semalam busy sikit sebab ade sedara datang tido umah..makanya susah sikit nak duduk depan kompiter

masa jalan2 tadi saya baca blog Mrs.shizni

saya tersentuh dengan entry yang dia buat dan membuat kan saya berpikir sejenak. :)

kemudian dari blog beliau saya jumpa blog yang membuat kan saya nangis dengan enty yang dia buat..


saya syer kat sini supaya kawan-kawan TTC saya yang lain dapat baca sama-sama dan saya harap dengan tulisan mereka kita mendapat semangat baru

insyaAllah..
Read More

Tuesday, April 5, 2011

hidup biarlah bersyukur

walaupon saya tiada anak

tapi saya ada suami yang sangat memahami

walaupon saya tiada anak

tapi saya masih mempunyai ibu dan bapa

Ya allah aku mensyukuri segala nikmat yang telah engkau berikan kepada ku

ampun kan segala dosa ku ya Allah
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena