Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Monday, April 11, 2011

tanda-tanda hamil

kita selalu tertanya-tanya2 adakah kita hamil atau tidak..kadang2 keliru tanda-tanda itu datang sebab ingin datang bulan ataupon kita sedang hamil,..

saya pon selalu je..bila breast mengembang, sakit pinggang, kaki krem, lepas tu lewat period..mula pikir yang dalam perut ni ade “sesuatu”..mula la gosok-gosok sendiri..lepas 3 4 kali test takde ape..dan dan tu jugak period tu datang esok nye..tak dan nak feeling lelebih..hehe..kat bawah ni adalah tanda-tanda kehamilan yang saya ambil dari portal alam hamil..

dr raja junaidah tu pon saya pernah jumpa masa 6 bulan saya kawen sebab period tak datang..tapi dia suruh tunggu setahun kalau nak amik apa-apa rawatan kesuburan..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8/10 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

Read More

IUI

bila tgk ramai orang buat IUI rasa macam bila la time saya pulak..

lambat pulak rasa nak mai period

padahal baru baru masuk hari ke 14 hari ni,.huhuhu

tak sabar nak buat appointment ngan LPPKN

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Saturday, April 9, 2011

blog best

pagi2 lagi dah blog walking...semalam busy sikit sebab ade sedara datang tido umah..makanya susah sikit nak duduk depan kompiter

masa jalan2 tadi saya baca blog Mrs.shizni

saya tersentuh dengan entry yang dia buat dan membuat kan saya berpikir sejenak. :)

kemudian dari blog beliau saya jumpa blog yang membuat kan saya nangis dengan enty yang dia buat..


saya syer kat sini supaya kawan-kawan TTC saya yang lain dapat baca sama-sama dan saya harap dengan tulisan mereka kita mendapat semangat baru

insyaAllah..
Read More

update lelaju

bapa hari dah tak update ni..aritu masa memula bukak blog kemain sehari sampai 2 3 post kan..hehehe..

bukan tak nak update..idea nak update takde..mungkin sebab tak amik ape2 rawatan lagi bulan ni..so takde la update nyer..blog ni khas untuk TTC..so kalau nak update yang harian tu sebenarnya memang banyakkkk...hehehe...

saya semakin rimas ngan facebook orang yang suka tag-tag gambar..gambar anak tag kat kita..untuk ape...untuk suruh orang komen anak dia comel? camtu? untuk orang puji2 anak dia..gitu ke?

tak perlu la nak tag..kalau dah kata buh kat facebook..semua orang dah nampak kalau orang fren ngan dia..kan..tak tag pon orang dah tahu gambar tu...

yang tu yang paling tak suka..patu makin banyak la notification bila banyak orang yang dia tag tu duk komen...haiyaaa..rimas rimas...
Read More

Wednesday, April 6, 2011

TTC forum

saja nak syer forum TTC yang rajin saya pergi terjah..

ade ke kawan-kawan yang join forum tu sama?

haaa..cuba teka saya nickname yang mana..hehehe


till then :)
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena