Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Tuesday, April 12, 2011

PCOS

ade sape2 yang satu kapal ngan saya? saya tau PCOS ni sejak saya baca portal alam hamil juga baca dekat forum dia sama..pastu search info2 lain sikit2...masa tu saya tau kemungkinan besar saya ade PCOS..cuma masa tu belom confirm ngan Dr je lagi..tapi bila dah check memang Dr confirm ade PCOS sebab ade folikel2 kecil kat sekitar ovary pastu bila scan kat perut nampak macam ade ring... :)

jom kita baca sikit sebab PCOS ni..PCOS ni kalau dalam bahasa senang nya..tiada ovulasi..kalau tiada ovulasi maka tiada telur..jika tiada telur maka macam mana dia nak senyawa ngan sperm yang sedang berenang2 dia tepian pantai ovari itu..hihi

credit to portal.alamhamil.com dan juga wikipedia


Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Kebanyakkan penghidap PCOS mengalami simptom yang berbeza seperti:
Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis

Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.



Rawatan


Rawatan untuk PCOS seringnya disesuaikan, bergantung kepada matlamat-matlamat pesakit. Jika pemulihan pengovuman dan kesuburan diingini, jadi metformin dan/atau klomifen sitrat akan diberikan. Untuk kes-kes kerintangan klomifen, suntikan hormon perangsang folikel boleh digunakan. Jika hirsutisme merupakan kebimbangan utama, jadi kontraseptif mulut dan siproteron asetat ataupun spironolakton (sejenis penghalang reseptor androgen) digunakan.

Sebaliknya, jika matlamat ialah untuk mencegah kesan estrogen anovulasi yang tidak terhalang dan yang boleh mengakibatkan hiperplasia endometrium dan kanser endometrium, maka kontraseptif mulut atau progestin siklik akan diberikan.

Diet-diet karbohidrat rendah dan senaman tetap yang kekal juga amat bermanfaat. Lebih baru-baru ini, doktor-doktor dan pakar-pakar pemakanan sedang menyarankan diet GI rendah yang sebahagian besar jumlah karbohidratnya diperoleh daripada sumber-sumber buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijian sempurna. Diet-diet ini membantu wanita-wanita yang mengalami PCOS untuk memeihara aras-aras gula darah dan insulin yang tetap dan membantu dalam hilang berat. Diet yang terdiri terutamanya daripada makanan GI rendah bersama dengan senaman tetap juga akan membantu memerangi kesan-kesan kerintangan insulin.

Banyak wanita mendapati bahawa ubat penurunan insulin seperti metformin hidroklorida (Glucophage®), pioglitazon hidroklorida (Actos®), serta rosiglitazon maleat (Avandia®) amat membantu, dan pengovuman boleh memulakan semula jika agen-agen ini digunakan. Banyak wanita melaporkan bahawa penggunaan metformin mengakibatkan sakit perut, cirit-birit, dan hilang berat. Kesan-kesan sampingan tersebut biasanya akan hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Kedua-dua gejala dan hilang berat kelihatan dikurangkan dengan versi-versi ubat pembebasan perlahan.

Kebanyakan kajian terbitan menggunakan metformin generik atau versi ubat biasa yang bukan pembebasan perlahan. Memulakan dengan dos rendah dan beransur-ansur menambahkan dos pada sepanjang tempoh 2-3 minggu serta memakan ubat pada akhir sarapan mungkin dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan. Walaupun penggunaan suhu badan asas atau carta-carta BBT kekadang dinasihati untuk meramalkan pengovuman, percubaan-percubaan klinikal masih belum menunjukkan sebarang peranan yang berguna. Masa selama enam bulan mungkin diperlukan untuk melihat kesan positif, tetapi apabila digabungkan dengan senaman dan diet indeks glisemia rendah, sehingga 85% daripada pesakit-pesakit akan memperbaik ketetapan kitaran haid dan pengovuman mereka.

Penyelidikan permulaan juga membayangkan bahawa risiko keguguran dikurangkan dengan ketara apabila Metformin dimakan pada sepanjang tempoh kehamilan (9% berbanding dengan sehingga 45%); bagaimanapun, penyelidikan lanjut masih diperlukan dalam bidang ini.
Bagi para pesakit yang didapati bahawa ubat peka insulin tidak berkesan tetapi masih hendak mengandung, terdapat banyak pilihan yang sedia ada, termasuk klomifen sitrat untuk mencetuskan pengovuman serta prosedur-prosedur ART seperti hiperstimulasi ovari terkawal dan IVF.

Perangsangan ovari menimbulkan risiko hiperstimulasi ovari yang berkait bagi para wanita yang mengalami PCOS — suatu keadaan berbahaya dengan morbiditi dan kekadangnya juga kematian. Perkembangan-perkembangan baru-baru ini membenarkan oosit yang wujud di dalam folikel berbilang untuk dikeluarkan daripada kitaran-kitaran semula jadi tak teransang, dan kemudian dimatangkan in vitro sebelum IVF. Teknik ini dikenali sebagai IVM (bahasa Inggeris: in-vitro-maturation) atau pematangan-in-vitro.

Walaupun pembedahan biasanya merupakan rawatan jalan terakhir, ovari polisistik boleh dirawat melalui prosedur-prosedur pembedahan seperti:
elektrokauterisasi laparoskopi atau pengkauteran laser
peresekan baji ovari (kini jarang dilakukan kerana ia lebih invasif, dengan risiko pelekatan sebanyak 30% dan kekadangnya lebih teruk, dan boleh menjejaskan kesuburan) yang merupakan terapi lebih lama
penggerudian ovari

tu je info utk hari ni..

See ya

Assalamualaikum :)

10 comments:

Lady In The Mirror said...

comel template baru :)

eimma's said...

hehehe tq :)

Fika Ashikin said...

kita sekapal..kapal titanic..kekeke

bettyshah said...

kita serupa....

yummy mummy said...

huhu :)

nnt kita syer diet utk PCOS eh :)

Mrs.ShiZni said...

Yup.same with me.
Semua doctor yang saya pernah jumpa tak pernah "yes" kan hal ni.
Tapi bila meneliti result hormonal test kali pertama pun dah tahu.
LH/FSH ratio greater than 2:1.

yummy mummy said...

doc ade bg ubat metformin?

PUANSTOBERI said...

PCOS...hurm..lihat dari tanda tu mebi akak takde la kut PCOS. But who knoe kan?? semua buleh berlaku.. huhu

yummy mummy said...

uhhuuhu..

tapi saya rasa akak mmg xde lah..hehe

nurrkhabman said...

salam kak..
sy masih muda & belom berkahwin..tapi sy berminat dgn setiap entry akak..entry akak menyebabkan sy makin berminat dalam bidang ini.
sy masih bljar dlm berkaitan dgn perubatan jua..kisah akak same dgn kisah pt sy..dia jua mghidap penyakit ni.sy harap kak tabah hadapi ujian ALLAH..insyaALLAH..ada perancangan yg terbaik untuk akak..=)tq untuk perkongsian ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena