Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Monday, April 11, 2011

tanda-tanda hamil

kita selalu tertanya-tanya2 adakah kita hamil atau tidak..kadang2 keliru tanda-tanda itu datang sebab ingin datang bulan ataupon kita sedang hamil,..

saya pon selalu je..bila breast mengembang, sakit pinggang, kaki krem, lepas tu lewat period..mula pikir yang dalam perut ni ade “sesuatu”..mula la gosok-gosok sendiri..lepas 3 4 kali test takde ape..dan dan tu jugak period tu datang esok nye..tak dan nak feeling lelebih..hehe..kat bawah ni adalah tanda-tanda kehamilan yang saya ambil dari portal alam hamil..

dr raja junaidah tu pon saya pernah jumpa masa 6 bulan saya kawen sebab period tak datang..tapi dia suruh tunggu setahun kalau nak amik apa-apa rawatan kesuburan..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8/10 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

4 comments:

PUANSTOBERI said...

teheheh. walo kadang ada yg terkena biasanya false alarm je. tehehe.
bila diri kita kata kita mcm peknen,maka tanda2 tu akan berlaku.

Akak takat ni da kawen 2 thn setgh, baru sekali je test UPT, sbb peyed sgt2 la baik hati. dtg tak penah lewat. teheheheh :D

Yummy Mummy said...

untung la kak period on time..bila on time rasanya maksudnya telur tu ade..cuma telur tu tak bertembung ngan sperm..

cam saya period 2 3 bulan..telur takde..tak tau waktu subur..waktu subur ntah2 takde kot..haha...

firasat saya mengata kan positif la akak punyer kes tu..ceih

Cintaku87 said...

Salam.kdg2 tnd nk period n hamil lbh kurg sm je..mcm sy besenye skt breast lg smggu nk dtg period n akn skt pgg lg smggu nk period.tp period bln ni len ckit.skt breast terase pas hbs period bln lepas n skt pgg n kram pert.xpnh mcm tue.igtkn da ad rzki tp upenye blm.tup2 period.frust gle..

Anonymous said...

http://www.4006002833.com
[url=http://www.4006002833.com]太阳城娱乐城[/url],太阳城,菲律宾太阳城

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena