Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Wednesday, April 13, 2011

diet for PCOS

PCOS Diet Is Not Just For Weight Loss

Women suffering from PCOS seem to lose weight with difficulty as a result of high insulin levels due to insulin resistance, also called syndrome x, associated with PCOS. Insulin levels, when high stimulate the storage of fat. This is a metabolic disorder that can be corrected by following a healthy diet. Be very cautious of all the different diets for this and that. You need a specific diet for your body constitution and for your specific metabolic type. My advice is to seek advice from a holistic nutritional consultant that can help you develop a dietary schedule that is right for you. Diet is the most important stepin the prevent and natural treatment of PCOS

selebihnya boleh baca dekat sini

banyak jugak dia terang yang lain..

IMG_7188

So...Ini adalah breakfast saya untuk pagi ni…toast wholemeal bread and oats+horlicks... tengahari ni baru amik nasi..semalam seharian makan roti..memang terkenang-kenang akan nasi panas yg dimakan bersama kari ikan..huhuhu…ohh..saya suka kari…hehe…sebab tu suka nasi kandaq kot..kuah campoq..perghhhhh….boleh nangis kalau ingat makanan..hehehe..

baru start diet dari semalam..harap-harap dapat bertahan..nasi pulak saya makan brown rice..high fiber and low carbohydrates...

kesimpulan yang saya dapat baca dari tempat tu dan juga tempat2 lain ialah

1 ) takboleh/rarely makan daging..sebab daging contain hormon haiwan tu which is PCOS ni dah terlebih hormon yg tu..

2) protein yang datang dari haiwan itu juga not good for PCOS

3) most important diet mesti high fiber..at least 20-30g untuk satu hari..my 2pcs roti is only 4g..and one cup of oatmeal is 4g..baru 8g pagi ni...mana nak cari lg 22g fiber ntah...

4) kena jadi vegetarian and also 'fruitarian'..

and banyak lagi pantang larang nya...tapi saya planning dalam seminggu 6 hari saya diet..satu hari lagi saya makan apa yang saya nak..hihi...boleh ke gitu...sedihnyaaa..

bertahan lah mummy!!!!
Read More

Tuesday, April 12, 2011

nama anak

pernah tak korang dalam duduk saja-saja tu kan..bukak website senarai nama untuk anak lelaki/perempuan..

dulu waktu kerja selalu bukak website nama-nama baby lepas tu berangan nak buh nama apa..

cari maksud yang best-best..cari nama yang nak dekat dengan nama kita lah..dekat nama hubby lah..nak bubuh nama mak la kat baby..macam2 pikir time tu...

cari nama macam esok tu nak bersalin sangat dah..hehehe..saja suka-suka

tapi itu semua angan-angan...angan-angan yang berharap ianya akan menjadi realiti...insyaAllah

saya suka nama yang ringkas tapi maksud yang baik..kalau boleh nak letak nama yang ade satu patah perkataan je...sebab bagi saya kalau nama panjang-panjang pun at last panggil satu nama je kan..(tengok..berangan lagi)

sampai sekarang tercari2 lagi nama apa....so far nama fahim yang paling berkenan dia hati

errr...nampak sangat nak boy..hehe

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

PCOS

ade sape2 yang satu kapal ngan saya? saya tau PCOS ni sejak saya baca portal alam hamil juga baca dekat forum dia sama..pastu search info2 lain sikit2...masa tu saya tau kemungkinan besar saya ade PCOS..cuma masa tu belom confirm ngan Dr je lagi..tapi bila dah check memang Dr confirm ade PCOS sebab ade folikel2 kecil kat sekitar ovary pastu bila scan kat perut nampak macam ade ring... :)

jom kita baca sikit sebab PCOS ni..PCOS ni kalau dalam bahasa senang nya..tiada ovulasi..kalau tiada ovulasi maka tiada telur..jika tiada telur maka macam mana dia nak senyawa ngan sperm yang sedang berenang2 dia tepian pantai ovari itu..hihi

credit to portal.alamhamil.com dan juga wikipedia


Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Kebanyakkan penghidap PCOS mengalami simptom yang berbeza seperti:
Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis

Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.



Rawatan


Rawatan untuk PCOS seringnya disesuaikan, bergantung kepada matlamat-matlamat pesakit. Jika pemulihan pengovuman dan kesuburan diingini, jadi metformin dan/atau klomifen sitrat akan diberikan. Untuk kes-kes kerintangan klomifen, suntikan hormon perangsang folikel boleh digunakan. Jika hirsutisme merupakan kebimbangan utama, jadi kontraseptif mulut dan siproteron asetat ataupun spironolakton (sejenis penghalang reseptor androgen) digunakan.

Sebaliknya, jika matlamat ialah untuk mencegah kesan estrogen anovulasi yang tidak terhalang dan yang boleh mengakibatkan hiperplasia endometrium dan kanser endometrium, maka kontraseptif mulut atau progestin siklik akan diberikan.

Diet-diet karbohidrat rendah dan senaman tetap yang kekal juga amat bermanfaat. Lebih baru-baru ini, doktor-doktor dan pakar-pakar pemakanan sedang menyarankan diet GI rendah yang sebahagian besar jumlah karbohidratnya diperoleh daripada sumber-sumber buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijian sempurna. Diet-diet ini membantu wanita-wanita yang mengalami PCOS untuk memeihara aras-aras gula darah dan insulin yang tetap dan membantu dalam hilang berat. Diet yang terdiri terutamanya daripada makanan GI rendah bersama dengan senaman tetap juga akan membantu memerangi kesan-kesan kerintangan insulin.

Banyak wanita mendapati bahawa ubat penurunan insulin seperti metformin hidroklorida (Glucophage®), pioglitazon hidroklorida (Actos®), serta rosiglitazon maleat (Avandia®) amat membantu, dan pengovuman boleh memulakan semula jika agen-agen ini digunakan. Banyak wanita melaporkan bahawa penggunaan metformin mengakibatkan sakit perut, cirit-birit, dan hilang berat. Kesan-kesan sampingan tersebut biasanya akan hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Kedua-dua gejala dan hilang berat kelihatan dikurangkan dengan versi-versi ubat pembebasan perlahan.

Kebanyakan kajian terbitan menggunakan metformin generik atau versi ubat biasa yang bukan pembebasan perlahan. Memulakan dengan dos rendah dan beransur-ansur menambahkan dos pada sepanjang tempoh 2-3 minggu serta memakan ubat pada akhir sarapan mungkin dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan. Walaupun penggunaan suhu badan asas atau carta-carta BBT kekadang dinasihati untuk meramalkan pengovuman, percubaan-percubaan klinikal masih belum menunjukkan sebarang peranan yang berguna. Masa selama enam bulan mungkin diperlukan untuk melihat kesan positif, tetapi apabila digabungkan dengan senaman dan diet indeks glisemia rendah, sehingga 85% daripada pesakit-pesakit akan memperbaik ketetapan kitaran haid dan pengovuman mereka.

Penyelidikan permulaan juga membayangkan bahawa risiko keguguran dikurangkan dengan ketara apabila Metformin dimakan pada sepanjang tempoh kehamilan (9% berbanding dengan sehingga 45%); bagaimanapun, penyelidikan lanjut masih diperlukan dalam bidang ini.
Bagi para pesakit yang didapati bahawa ubat peka insulin tidak berkesan tetapi masih hendak mengandung, terdapat banyak pilihan yang sedia ada, termasuk klomifen sitrat untuk mencetuskan pengovuman serta prosedur-prosedur ART seperti hiperstimulasi ovari terkawal dan IVF.

Perangsangan ovari menimbulkan risiko hiperstimulasi ovari yang berkait bagi para wanita yang mengalami PCOS — suatu keadaan berbahaya dengan morbiditi dan kekadangnya juga kematian. Perkembangan-perkembangan baru-baru ini membenarkan oosit yang wujud di dalam folikel berbilang untuk dikeluarkan daripada kitaran-kitaran semula jadi tak teransang, dan kemudian dimatangkan in vitro sebelum IVF. Teknik ini dikenali sebagai IVM (bahasa Inggeris: in-vitro-maturation) atau pematangan-in-vitro.

Walaupun pembedahan biasanya merupakan rawatan jalan terakhir, ovari polisistik boleh dirawat melalui prosedur-prosedur pembedahan seperti:
elektrokauterisasi laparoskopi atau pengkauteran laser
peresekan baji ovari (kini jarang dilakukan kerana ia lebih invasif, dengan risiko pelekatan sebanyak 30% dan kekadangnya lebih teruk, dan boleh menjejaskan kesuburan) yang merupakan terapi lebih lama
penggerudian ovari

tu je info utk hari ni..

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Monday, April 11, 2011

11 tip untuk hamil dengan cepat

diambil dari portal.alamhamil.com

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

1. Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) sejak stop jap jumpa doc..maggi seminggu sekali wajib..huuuu..padahal sebelom tu pantang kemain lagi

2. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. erk..aritu ade baca elok makan daging..kat sini tulis lain plak..pastu ade sumber kata soya tak bagos..huuu..macam2..tapi dah lama tak minum soya..

3. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.nnt ai beli oats..hihi..tambah satu lagi product nak makan...adehhh..banyak nyeeee kena makan

4. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.alerr..tak kan nak makan roti tetiap hari kot...harus kurus mak macam ni..orang utara cari nasi tetiap pagi ohh....

5. Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese. aritu ada baca mana ntah..elok makan cheese..pening dah makcik..kemain lagi makcik beli cheese..tapi makcik tak makan pon..hihihi

saya amik sikit je info..yang lain2 boleh baca sendiri yek..hehehe.

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

I would die for that

memula kenal lagu ni dari blog ni..lepas tu cari kat utube..so dari pagi tadi duk dengar lagu ni..pagi2 lagi dah emo duk nagis sorang2..hihihi…sebaik je duk umah sensorang Smile

Jenny was my best friend.
Went away one summer.
Came back with a secret
She just couldn't keep.
A child inside her,
Was just too much for her
So she cried herself to sleep.


And she made a decision
Some find hard to accept.
To young to know that one day
She might live to regret.


But I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that she had.
I would die for that.


I've been given so much,
A husband that I love.
So why do I feel incomplete?
With every test and checkup
We're told not to give up.
He wonders if it's him.
And I wonder if it's me.


All I want is a family,
Like everyone else I see.
And I won't understand it
If it's not meant to be.


Cause I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that they have.
I would die for that.


And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
For that kind of love,
What I'd give up!
I would die for that.


Sometimes it's hard to conceive,
With all that I've got,
And all I've achieved,
What I want most
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."


I would die for that.
Just to have once chance
To hold in my hands
What so many have
I would die for that.


And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
How I would love
What some give up.
I would die ...
I would die for that.

Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena