Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Saturday, March 31, 2012

Ujian Allah mendekatkan diri kita kepadaNya

Assalamualaikum :) adakah anda2 sihat..saya seperti biasa saja, tiada yang luar biasa..hehe.. Alhamdulillah..

sekarang sudah hampir separuh jalan..semoga Allah memberkati perjalanan si kecil yang berada didalam rahim ini..insyaAllah

walau macam mana pun kerisauan tetap ada dalam hati..itu dah menjadi satu kemestian..bila baca cerita tentang ibu yang keguguran bayi berusia 5 bulan..terdetik di hati ini andai Allah memberikan ujian yang sama seperti wanita tersebut..T_T semoga Allah kuatkan iman ku dalam menghadapi segala bentuk ujian daripadaNYA

ujian datang dalam pelbagai bentuk..bila saya dikurniakan nikmat mengandung saya tetap berfikir nikmat ini juga adalah salah satu ujian dari Allah, apabila kita sudah dikurniakan cahaya mata..itu juga salah satu bentuk ujian..Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28).

kita sering berfikir selalunya ujian datang dalam bentuk kesusahan tetapi ujian datang dalam pelbagai bentuk..kesenangan yang kita ada juga adalah salah satu ujian dari Allah.. saya juga tidak tahu adakah selepas kelahiran bayi ini Allah akan uji kita dengan ujian lain pula..tapi bersangka baik je lah yang termampu kita lakukan..

Andai kita diuji, Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan hati kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya. “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

semoga dengan ujian2 yang kita terima dari Allah menjadikan kita insan yang lebih baik..insan yang hanya mencari keredhaan Allah..

saya juga sedang belajar menjadi insan yang lebih baik..insyaAllah.. walaupun kadang2 syaiton ni selalu merasuk jiwa raga ku berkata yang bukan bukan..huhu..

see ya..

Assalamualaikum :)

5 comments:

CikPuan Fara said...

samalah.. fara pun tetap risau wp sudah dlm 2nd trimester. xyah jauh beza edd kte yer :)

Izah Azizan said...

saya baru jer gugur feb lepas...sedihnya..tg0k 0rg pregnen sayu sangat,,,pe2 k0ngret

Leeda said...

tahniah yer, sy blogwalk cri psl pcos. jumpa blog saper2, tgk2 ramai je yg brjya. best nya..

ashafina said...

Salam, saya pun ade pcos dan terpandang blog u bila carian tentang metformin. Saya dh nk masuk 5 tahun berkahwin tidak pernah mengandung dan sekarang tgh ttc.. Saya pernah ke lppkn dan 2x cycle try clomid, telur berjaya matang tapi kesan ubat pada dinding rahim yg menipis.. Saya stop dan skrg try biodex tuk 2 nd months lepas dgr kwn berjaya peknen dn menghadapi masalh sma macm saya. Suka saya baca blog awak dari april tahun lpas berkat sabar n doa berjaya jugak awak pregnant yerk. Alhamdulillah.. Semoga ini mnjadi pengajaran bgi saya untuk trus berusaha n berdoa pada yg Esa agar permintaan saya dimakbulkan..
Cuba untuk sentiasa positif pada hari hari yg mndtg insyaallah..

prog muten said...


rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.20 /pc opk kesuburan
email; lovidoobidoo@gmail.com
blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
sms:puan nor 0122723104

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena