Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Sunday, December 2, 2012

Masa berlalu pantas

Assalamualaikum...

Ya allah..rindu tersaangat dengan blog ni..bila bukak balik rasa teringat kenangan2 manis berttc dan berkongsi pendapat dengan rakan2 ttc kat sini

Masa berlalu terlalu pantas..rasa macam baru je announce kat blog ni preggy 7 mggu..and now hannah nak masuk 3 months dah..

Perkembangan rakan2 ttc pon lama x tgk..xtahu sape yg dh berjaya..sape yg masih menunggu dan sape yg dah selamat melahirkan cahaya mata..

Apa2 pon saya tetap mendoakn kejayaan bagi yg belom berjaya..allah maha besar..ada sebab kenapa dia beri kita ujian..hannah juga adalah salah satu ujian juga utk kami yg masih baru belajar...

Read More

Saturday, September 15, 2012

Nurhannah

Alhamdulillah..

Saya selamat melahirkan my little princess nurhannah pada 5september


Read More

Friday, June 8, 2012

May Allah bless Rayhan

Assalamualaikum..

saya nak share sikit satu cerita tentang kawan saya yang baru melahirkan baby boy baru2 ni...ni anak kedua dia..dia share dalam facebook..tapi saya nak share ngan kawan2 kat sini jugak..sebak rasanya bila baca status yang dia update

This is a story of my beautiful Muhammad Rayhan Rafiqin - Having pregnant with my second child was the most happiest moment of my life. I love being pregnant and hope to get pregnant again. Alhamdulillah, giving birth to Rayhan was fast and easy. It was the most defining moment of my life but this is just the begining of my story. The paedetrician told us a shocking news that our son is having Down Syndrome. I didnt cry until the moment i held him close on my chest. I cried and cried even more when the paedetrician diagnosed Rayhan with cleft palate and other complications. My heart sank! What have i done to make him be like this? What have i done?? I didnt want to believe and hoping for miracle..i was in a balck hole.. I didnt want my son to be like this.. But later after a hard loud cried, i hold him again and hear him telling me " LOVE ME, LOVE ME PLS, I KNOW IM NOT WHAT U EXPECTED BUT PLS LOVE ME!...and from that onwards i know i need help from many doctors, specialist and support groups but what i need most is to follow my MOTHERLY INSTINCT and love my son unconditionally. Dearest baby RAYHAN, u r beautiful and daddy, mummy n big bro rayyan love u dearly. MY SONS, U COMPLETE ME!


Dearest family, friends, and everyone here, All praises to Allah, thank u for gvg support to us n bby rayhan, we will alwis try our very best to be a great parents to our children. Thank u for ur prayers and love for our rayhan. Indeed having a special child has change our life to a better path, thank Allah. We believe in miracle n this is a miracle that He has sent to us. May this story gv other mothers out there to continue love their children regardless of thier Notiness.. Children r the greatest gift of all. Hugs n kissess frm bby Rayhan to all of u.

kat bawah ni komen dari rakan beliau

I cried when I read your message. As a mother, I understand how you feel. Amoi remember what Allah said in Al-Quran, surah At Taghabun (chapter 64) verse 15:Your riches and your children may be but a trial: but in the Presence of Allah, is the highest, Reward.And this verse will motivate you not to loose hope. Surah Yusuf (chapter 12) verse 87: ....and never give up hope of Allah's Soothing Mercy: truly no one despairs of Allah's Soothing Mercy, except those who have no faith." May Allah bless Rayhan and your family.

See ya

 Assalamualaikum :)
Read More

Friday, May 18, 2012

fb chat

Assalamualaikum,

tetiba nak bercerita harini sebab baca blog aida

cerita ni ade la terjadi lebih kurang awal bulan lalu dan dia pon saya dah block dari FB..hihihi..sebab saya rasa takperlu kot nak berkawan dengan orang macam tu..

masa FB chat ngan dia saya ade luah kat twitter..cuma bukan dekat FB..

alkisah hamba Allah ni dulu satu opis, masa satu opis pon kitorang bukan la rapat..lain2 department pulak tu..jumpa pon hai2 bye2 je..tetiba taktau la tergerak hatinya nak FB chat ngan saya...soalan dia yang pertama keluar ( ni saya kopipes tau bukan tulis lain)

hamba Allah : ko ni nak ade anak keje keras la skit wei hihihi

Nor Azimah AD : keje keras ape? xpaham aku

hamba Allah : dah ade ank ke ni

Nor Azimah AD :  aku tengah mengandung la makcik

hamba Allah : oooo ok thniah

Nor Azimah AD : aku keje keras..dah lama kerja keras tapi tu semua kerja Allah bukan kerja aku aku kerja keras macam mana pun kalau bukan rezeki aku pun tak boleh jugak

hamba Allah : betol2

engkau dah la taktau aku keje keras ke tak, engko takpernah tanya apa usaha aku selama ni..tiba2 ko tembak aku dengan soklan macam tu...

kesian kat ko kan..

see ya

Assalamualaikum :)
Read More

Tuesday, April 24, 2012

gender

Assalamualaikum

kalau cerita pasal gender ni memang macam2 pendapat orang bagi..tapi yang rata2 bagi pendapat tu kebanyakan nya kata anak sulong elok lah lelaki..dapat jaga adik2 la..dapat tolong kita kalau dah kawen pon nanti lah..macam2 lagi lah

tapi tak mo banyak komen sebab semua nya sama saja..dah dapat anak pon kita dah rasa syukur sangat dah besar rahmat bagi kita apetah lagi nak memilih gender..malu nak mintak kat tuhan..macam2 mintak tapi amal ibadat buat sikit je.

so kalau orang bagitau gender perempuan tu cakap Alhamdulillah je la kan..tak jangan komen panjang2.. :P

so nak tau gender kah?

hehe

taraaaaaa...

gambar ni sweet kan

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Saturday, March 31, 2012

Ujian Allah mendekatkan diri kita kepadaNya

Assalamualaikum :) adakah anda2 sihat..saya seperti biasa saja, tiada yang luar biasa..hehe.. Alhamdulillah..

sekarang sudah hampir separuh jalan..semoga Allah memberkati perjalanan si kecil yang berada didalam rahim ini..insyaAllah

walau macam mana pun kerisauan tetap ada dalam hati..itu dah menjadi satu kemestian..bila baca cerita tentang ibu yang keguguran bayi berusia 5 bulan..terdetik di hati ini andai Allah memberikan ujian yang sama seperti wanita tersebut..T_T semoga Allah kuatkan iman ku dalam menghadapi segala bentuk ujian daripadaNYA

ujian datang dalam pelbagai bentuk..bila saya dikurniakan nikmat mengandung saya tetap berfikir nikmat ini juga adalah salah satu ujian dari Allah, apabila kita sudah dikurniakan cahaya mata..itu juga salah satu bentuk ujian..Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28).

kita sering berfikir selalunya ujian datang dalam bentuk kesusahan tetapi ujian datang dalam pelbagai bentuk..kesenangan yang kita ada juga adalah salah satu ujian dari Allah.. saya juga tidak tahu adakah selepas kelahiran bayi ini Allah akan uji kita dengan ujian lain pula..tapi bersangka baik je lah yang termampu kita lakukan..

Andai kita diuji, Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan hati kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya. “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

semoga dengan ujian2 yang kita terima dari Allah menjadikan kita insan yang lebih baik..insan yang hanya mencari keredhaan Allah..

saya juga sedang belajar menjadi insan yang lebih baik..insyaAllah.. walaupun kadang2 syaiton ni selalu merasuk jiwa raga ku berkata yang bukan bukan..huhu..

see ya..

Assalamualaikum :)
Read More

Wednesday, March 14, 2012

buku untuk saya

2 buku je saya beli sepanjang preggy ni..tapi bagi saya kedua2 buku tu tak berapa best..salah satu buku ustzh siti norbahyah..buku dia nipis dan terlalu basic la bagi saya..ada info tapi tak banyak sangat..buku rahsia kesihatan ibu hamil pun so-so la..




tapi selepas ni saya plan nak beli buku kat bawah ni..antara yang tak sabar nak beli diari hamil sebab baca review macam menarik sebab kita boleh tulis dalam tu pengalaman sepanjang 40minggu..menarik kan? boleh tgk review and kandungan buku kat sini dan sini



yang bawah ni pulak saya baca review dekat blog the pink stilettos..dia paling suka buku ina mays guide to childbirth...


yang bawah ni pulak baca review dekat forum ratu hati..


menyesal pulak voucher buku aritu tak beli buku pasal pregnancy banyak2, duk beli buku pasal kamera..duhh..dan sebenarnya banyak lagi senarai buku2 nak beli..hehe..aritu penah buat entry mari menjana skill buku2 tu pun nak jugak tu..haihh

see ya...
Read More

Tuesday, March 13, 2012

kurma, kismis dan madu

 assalamualaikum,

saya penah cerita dulu kan, sebelom preggy memang saya amalkan makan madu+habatussauda..saya beli yang dah siap campor dengan habatussauda. nama dia MASAD = madu+habatussauda..macam kat bawah ni..kalau nak beli online boleh beli kat sini..kalau tak boleh pegi website dia amik no tipon and tanya kat mana dealer area selangor KL dan sebagainya..sebab saya selalu beli kat dealer are bukit subang ni..hubby pulak masad cafe tu memang feveret dia la..sebab memang sedap..kopi campuran yang ade rasa habatussauda..campo ais...memang sedappp...


now ni masa preggy pon still minum madu tapi takde la tetiap hari..kadang2 selang jugak la..sebab pagi dia ade satu perasaan malas nak bancuh kadang2..hihi

kat sini saya nak paste kebaikan madu, kurma dan kismis untuk preggy mommy dan jugak kawan2 TTC dan juga sesiap pun yang sedang baca..lgpun semua makanan nabi kan..kalau makan kira ikut sunnah nabi..nabi makan semua benda yang elok2 je 

bab kismis pulak masa preggy 7weeks aritu mmg beli sekilo kismis..tapi kismis tu taktahan dia kuar macam biantang ape ntah halus2 macam abuk2..kismis tu jenis kering yang betul2 kering punya sebab tak suka sangat yang jenis lembab..agaknya sebab tu la banyak binatang macam abuk2 tu..so lepas ni kena makan kismis yg biasa tu je la...

kurma pun mmg ade beli tapi kurma tu tak sedap..huarghhh...memilih sungguh...suka kurma yang kering2 jugak..tapi kurma tu jenis basah..blerghhhh.....

copy from here 

” Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
  • Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  • Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  • Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  • Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  • Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  • Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
1. KURMA


Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

 
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU



Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”. “

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Monday, February 27, 2012

adakah EPO selamat


diculik dar blog drzubaidi

klik kalau nak bagi besor

link kat sini

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Saturday, February 18, 2012

kejap bersungguh2 kejap tak

 Assalamualaikum :)

buat ape tu...

semalam checkup yang ke tiga..selepas ni hanya sebulan sekali je pegi checkup..as usual setiap kali checkup mesti akan scan..seronoknya tengok baby..dia sangat cepat membesar..semoga jadi anak yang soleh ye sayang mummy.. :)

saya tetiba teringat kisah saya pergi amik treatment dulu..masa dulu saya selalu on off amik treatment..sekejap pegi sekejap tidak..tapi yang saya tau bila saya pegi amik treatment tu bermakna saya dengar berita orang dah berjaya preggy..so masa tu membuak2 perasaan nak pegi amik treatment..patu bila tak berjaya saya senyap balik..lupa segala ubat dan segala treatment yang penah amik dulu..lepas tu bila dengar lagi berita orang preggy..membuak2 balik perasaan tu amik balik treatment

so saya sangat kagum orang yang sentiasa amik treatment tanpa on off macam saya..selepas satu kegagalan akan cuba lagi..insyaAllah Allah pasti akan tengok segala usaha kita kan.

ok girls...yang sedang preggy juga sedang berusaha...jangan lupa makan buah banyak2 ye :)

see ya


Read More

Monday, February 13, 2012

ovulation predictor kit

salam kengkawan,

sihat2 kah anda semua..saya macam biasa, kandungan dah 10minggu, Alhamdulillah..

saya nak syer kat sini sebab tadi kebetulan saya tengok groupon dia ade jual yang ni..mana la tau ade kawan-kawan lain yang terlepas pandang kan..so nak syer kat sini..

kalau nak beli boleh beli kat sini

http://www.groupon.my/deals/klang-valley-selangor/shine-resources-ovulation-predictor-kit/715968963

Ovulation Predictor Kit. 1 (RM49) / 2 Kits (RM89). 5 Tests per Kit. Free Nationwide Delivery


Ovulation Predictor Kit 

  • Each kit contains 5 self-tests. 
  • Includes 5 droppers, 5 cups and instruction leaflet. 
  • Detects increase of luteinising hormone (LH) in urine, which may signify ovulation. 
  • Up to 99% accurate in detecting LH. 
  • Convenient and easy to use. 
  • Made in Ireland.


/66/42/1329009984266.jpg

/45/15/1328772571545.jpg

/52/16/1328772571652.jpg

/72/17/1328772571772.jpg
See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Thursday, January 26, 2012

1st time in my life

Alhamdulillah..taktau nak describe macam mana perasaan bila nampak 2 line..dalam hati masa tu dup dap dup dap sebab mmg line yg 1st macam betul2 clear nak kluar..lepas tu baru la line ke dua, terus saya tunjuk kat hubby..dia cakap "maksud dia ape tu?" adehhh...ye la..dia takpenah tau sume2 tu..huhu

syukur tak terhingga kepada Allah..doa dimakbulkan..apa yang saya praktik adalah doa apa yang kawan2 kat sini penah bagitau..jika Allah merasakan aku telah bersedia menjadi ibu maka makbulkan lah permintaan ku..jika kau rasa aku belum bersedia maka aku redha akan ketentuan mu.

seperti yang saya tulis sebelum ni memang saya tengah berehat dari mana2 treatment..last saya amik treatment kat PMC masa bulan 6..tahun lepas..lepas tu dah stop..macam biasa setiap bulan saya menungu period datang..memang tunggang langgang jugak tak ikut time tp alhamdulillah period takde panjang sampai 2 bulan..

sampai la kali terakhir saya period 17/11/2011, saya tunggu period datang bulan 12, tapi tak datang2 cuma saya lupa tarikh dia bila masa bulan 12 tu ade spotting keluar sikit, dalam hati pikir ok ni tak lama dah la ni nak period sebab breast pun selalu sakit, besar semacam, selalu kalau time nak dekat period breast mmg sakit and besar..tunggu punya tnggu lepas spotting tu keluar darahnya tak keluar2 jugak..sehari or 2 hari je kot spotting tu keluar..ok fine xmo keluar takpe la..saya tunggu..dalam hati ni ade juga terlintas, doa banyak2 kat Allah kalau ada nyawa dalam perut ni tolong selamatkan dia sebab risau tak makan ape2 vitamin untuk dia.. :(

lepas tu tiba2 saya kerap pening kepala tetiap petang..pening kepala yang mild bukan lah sakit..saya ingat saya kena darah tinggi ke ape sebab mak ada darah tinggi..tapi check doctor tak ade pulak..ok la xpe lah Alhamdulillah bukan pening sebab darah tinggi.

lately start awal bulan 1 cepat sangat lapar..makan pukul 1tghr pukul 5 or 6ptg balik keja lapar macam tak makan satu hari..pagi2 bangun tido lapar dia kemain lagi sampai rasa nak termuntah..ini sudah pelik..sebab dah selalu sangat lapar..apa hal kan..sampai la jumaat lepas balik keja terus masuk bilik air nak check UPT..subhanallah..2lines, masa tu juga siap2 pegi PMC untuk scan nak tengok betul ade ke tak..Alhamdulillah bila doc scan kata ada hanya tuhan saja dapat tahu perasaan tu sebab dapat menggembira kan hubby, bagi gambar scan tu kat dia, saya cakap, ni anak abang...Alhamdulillah

masa scan saya ingat2 lupa tarikh last period sebab tak tengok excel balik tu baru tgk balik..so main hentam cakap kat doc last period 25/11, so masa scan doc ukur kantung tu dalam 6minggu 5 hari..so sehingga hari ni kandungan saya dah nak masuk 8 minggu..Alhamdulillah




walaupun saya dah check UPT dan juga dah scan doc confirm ada..tapi selagi saya tak nampak heartbeat dia selagi tu lah saya masih ragu2 yang saya ni preggy ke tak..next week dah buat appointment lain lg ngan doc untuk tgk heartbeat..harap2 ada nampak kali ni

apa2 pun yang terjadi nanti saya nak redha sebab Allah berhak keatas saya, maka saya sebagai hamba nak redha segala ketentuan yang dia telah tetapkan, apa yang mampu kita lakukan hanya berdoa.insyaAllah agar semuanya selamat..

bagi yang tanya tips2..saya minta maaf sebab tiada apa yang dapat saya kongsikan sangat di sini cuma saya minum madu+habatussauda, saya akan bawa bekal air madu+habatuusauda masa saya pegi keja.. saya minum air tu sampai tengahari, lepas lunch baru saya tukar minum air kosong, dan satu lagi senjata kita orang islam adalah berdoa, berdoa dengan sepenuh hati, sepenuh harapan, mengharapkan segalanya kepada Allah swt..insyaAllah

saya percaya apa yang berlaku ke atas saya sekarang ni adalah berkat doa ibu bapa, adik beradik dan juga rakan2 yang sama2 mendoakan supaya sama2 kita dapat merasai nikmat mengandung, insyaAllah saya juga tidak melupakan kamu kamu semua dalam doa saya..

time kasih juga yang komen kat entry sebelom ni..time kasih banyak2

seperti mana saya sedikit terasa bila baca berita gembira daripada orang lain sebelum ini, bukan terasa kerana dengki ataupun tidak suka mendengar berita tersebut, saya juga insan biasa, saya mintak maaf andai berita yang saya sampai kan ini ada mengguris perasaan orang lain,

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Friday, January 20, 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum kawan2,

Alhamdulillah..tiba pula masa saya.. doc dah sah kan..lebih kurang 6weeks sekarang ni..semoga Allah berkati perjalanan hambanya yang kecil di dalam tubuh ini..amin

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena