Semoga Allah permudahkan segalanya.....

Wednesday, April 27, 2011

bertabahlah rakan-rakan :)

Apabila doamu cepat dijawab Allah,ini kerana Allah menyayangimu
Apabila doamu lambat dijawab Allah,ini kerana Allah sedang mengujimu
Apabila Allah tidak menjawab doamu,ini kerana Allah mempunyai perancangan terbaik buatmu
Bersangka baiklah terhadap Allah,kerana Kasih Sayang Allah mendahului KemurkaanNya

3 golongan orang yang tidak ditolak doanya oleh Allah:

1. Orang yang ber PUASA
2. Pemerintah yang Adil
3. Orang yang Dizalimi

Semoga bersama sama kita bersabar dan bertabah dalam hidup.


See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Tuesday, April 26, 2011

Alhamdulillah

Semanis Kurma : rajuk jiwa menanti permata

sempat tengok siaran ulangan pagi tadi..nangis2 tengok tadi..taktau nape emo sangat..sobsob...rasa sedih sangat sebab Allah bagi ujian yang macam ni

part tak puas hati yang pandangan orang ramai tu penyelesaian terakhir kalau takde anak ialah poligami..what the????

sabo je laaaaaaa

Surah Al Imran Ayat 26, 27, 38

Surah Al Anbia Ayat 89

Surah Furqan Ayat 31

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

lewat jugak nampak nyer

tanda-tanda datang bulan masih tak muncul2..kalau masa makan clomid dulu..time2 gini dah rasa breast mengembang sudah..tapi sampai sekarang takde rasa pape..nampak gayanya bulan ni lewat la datang bulan..sobsob

mungkin ade hikmah disebaliknya..sebab budget dah takde kot..hehe..rumah nak dapat kunci dah dan nak kena start bayar 2 bulan terus..erkk...

tapi walaupon breast tak mengembang perut terasa kesengalannya sepanjang sabtu ahad lepas..gastrik kot,.tapi takde sejarah gastrik pon...haishhh..mula la nak jadi Dr balik ni..miahaha.. :p

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Thursday, April 21, 2011

Permulaan

ni saya pulak nak cerita permulaan yang mula-mula sekali boleh dapat geng TTC ni

walaupon baru kenal dalam beberapa minggu ni...rasa macam dah close dengan mereka mereka itu..yang tua dah rasa macam kakak sendiri, yang muda macam adik..yang sebaya macam best friend!

Alhamdulillah..

pada mula nya saya buat blog dekat wordpress, blog link tu lebih kurang norazjourney.wordpress.com (jangan cari dah link ni..dah takde pon)..masa saya bukak wordpress tu memang ingat untuk catatan baca sendiri je..saja suka-suka nak tulis tentang apa yang dah saya buat untuk TTC ni...bila dah lama tak update saya nampak ade orang komen..orang tu adalah dari blog ni :)

start dari situ saya nekad nak buat blog TTC dan nak cari rakan-rakan yang senasib ngan saya...saya bukak blog sebab wordpress ni macam payah sikit..hehe...dari blog sahabat tadi saya berjumpa dengan blog-blog yang lain...dari blog-blog yang lain saya loncat ke blog yang lain..bila dah loncat meloncat tu memang banyak link yang saya dapat..bila saya dapat link mereka tu saya memperkenal kan diri saya..supaya dapat kenal antara satu sama lain

sejak dari tu kawan-kawan TTC pon makin ramai kat sini..rasanya lagi syok macam ni dari dekat forum..hehe

nak ucapkan time kasih gak pada yang sudi follow blog saya..jangan lah segan silu tinggalkan link blog korang kat shoutbox..boleh kita kenal-kenal..dapat baca pengalaman masing-masing..moga dapat info dari pengalaman anda-anda semua :)


See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Wednesday, April 20, 2011

nak keje

saya nak keje sebenarnya..hubby dah bagi green light..saya cakap selagi ade kudrat dan daya..dan sementara kita takde anak lagi..bagi lah saya keje..kalau dah ade nanti saya benti la..tengok anak puas2..kihkih..lagipun boleh jugak simpan duit sesikit..buat pi berjalan2 ataupon pi spital...bukan nye singgit 2 nak buat rawatan tu..mahal jugak..at least boleh bantu sikit2 mana yang patut..

tapi bila pikir nak keje..tingat pulak susah nak pi spital sebab keje kan....aiya..kompius2..kena kerja ke tak camnih..kalau kerja..kena tangguh lagi la kes kat LPPKN tu..

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

stain

ok.. nak cerita pasal stain plak..konon tak de apdet kannnn... :p

sebenarnya saya dulu boleh kata tetiap bulan dia kuar stain..kadang2 tu 3 bulan asyik kuar stain yang kejap stop keja ade balik..lepas dari 3/4 bulan jadi macam tu baru kuar darah....bila dah kuar darah tu memang rasa legaaa sangat lah

masa kuar stain tu tak de la pulak pikir tengah preggy ke ape..tak pulak buat UPT..cuma pelik napa tak kuar darah tapi stain hitam yang banyak dan bertali2..huhuhu..duk pikir ape la ada dalam perut ni sebenarnya..risau itu je la..takut menda2 lain yang kita tak tau..

same kes ngan kak reen..masa kuar stain tu pon saya kompius antara nak solat ke tidak...tapi saya tak solat pon kak sebab saya pikir itu period..cuma period tu kale lain je..hekhek..daif nya saya

lepas tu saya cari supplement yang dapat buat period jadi elok..dan saya ni sebenarnya suka product himalaya..from top to toe guna himalaya..so saya search product himalaya yang boleh regularkan period....product himalaya tu nama dia shatavari...sebenarnya shatavari tu untuk breastfeeding mom sebab boleh tambah susu badan..tadi tak kisah la pil tu untuk ape pon sebenarnya..hehe..

saya makan pil tu Alhamdulillah..memang period boleh dikatakan cantik la jugak..dalan 30-35hari period dah ade..i mean takde la panjnang sangat dari sebelom ni kan..kalau dulu jangan harap lah..50 hari ntah ke lebih baru datang..

himalaya tu pil dari tumbuh-tumbuhan..shatavari tu sebenarnya asparagus hutan..so macam makan sayor la jugak kan..so rasanya no harm kot kalau makan time kita amik treatment..huhuhu...boleh di terima ke?

sebenarnya adik saya pon sama kes ngan saya..dia selalu kuar stain..adik tak kawen lagi..saya risau dia jadi macam saya..cukup la saya sorang kena tunggu untuk dapat anak..saya tak mahu adik beradik jadi macam saya..risau sangat kat dia..ade jugak bagi dia makan shatavari..tapi kat dia tak berapa bagi kesan..tapi tak tau kot dia jarang2 makan ke..tu tak tahu lah kan sebab saya memang tak tinggal makan shatavari tu..

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Tuesday, April 19, 2011

berdiam untuk seketika..maybe?

kurang sikit apdet lately sebab tak de ambil ape-ape treatment lagi..so tak banyak yang boleh di ceritakan

sekarang menunggu bulan datang..arini dah ari ke 19..harap2 bulan ni jangan lah bulan panjang..sebab nak follow up kat LPPKN..

diet masih di terus seperti biasa..cuma macam awal-awal diet saya takot nak makan nasi..tapi now ni ade la makan sikit tapi tak banyak..hubby pesan kalau hati tak senang pon sistem badan boleh kacau..ok la..sekarang buat biasa2 je cuma makanan kena control sikit...hubby pon memang control kalori yang dia amik..saya pulak makan menda yang banyak fiber..

nak kata mengharap dengan diet ni tidak jugak..at least both of us amalkan pemakanan yang sihat kan...

see Ya

Assalamualaikum :)
Read More

Monday, April 18, 2011

24 Peringatan Buat Wanita

bila baca sampai habis rasa macam..ya Allah...banyaknya kekuranganku..

oh suami...maafkan saya diatas kekurangan isteri mu ini :(

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


Tips Cinta ini telah di sampaikan oleh saudari Puteri Ardini di Forum Tentang Cinta.

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Well hello!

ye betul..lama tak bukak blog..Fb pon sekejap2 je..ade guest dekat umah dari hari khamis lepas..pastu sabtu and ahad pegi melaka-johor..tertinggal ketapi dah dengan entry-entry kawan2..hari ni kena setel rumah dulu sebab dah 2 hari tinggal..macam-macam kena buat..lepas tu baru la blog walking kat blog kengkawan..

till then ya Smile

Read More

Thursday, April 14, 2011

birthday party

bila tengok kawan-kawan buat birthday party celebrate besday anak...

haihhh....bila la saya pulak boleh buat camtu

teringin nak order banner

teringin nak order door gift

teringin nak buat cake untuk dia

teringin macam-macammmmmmm!!!

hehe

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Wednesday, April 13, 2011

Metformin Side Effects

Diarrhea
Nausea or vomiting
Gas
Weakness
Indigestion
Abdominal discomfort (or stomach discomfort)
Headache
Lost of appetite

selalunya sesapa yang ade PCOS Dr akan bagi at least 1500mg metformin..which is kena amik 2biji yang 850mg punya..tapi ade sesetengah Dr derang bagi ubat lain (saya tak pasti nama apa)..contoh kawan saya..Dr tak bagi Metformin kat dia

metformin dia ade 2 jenis ada yang 500mg dan juga 850mg

saya ada terbaca kalau amik kurang..metformin tak berkesan untuk PCOS..so memang kena amik at least 1500mg..(correct me if i'm wrong)..

saya memang makan 2 biji metformin 850mg(1700mg) pada mulanya...tapi side effect seperti di atas tu memang sangat teruk saya rasakan..saya memang muntah teruk..apa saja yang saya makan..saya akan muntah baik..lebih kurang seminggu saya jadi macam tu..sampai la saya jumpa Dr balik sebab saya dah tak tahan..dah bangun pon tak larat...bayang kan tengok makanan saya nak termuntah..apetah lagi bila tengok hubby makan..memang tekak saya rasa nak muntah depan dia jugak...hubby sangat kesian ngan saya time tu sebab..macam2 side effect saya kena terima..(haihh..sedih plak bila ingat balik)

Cherry berry jangan cakap la..sehari 3/4 kali masuk toilet..itu takpe lagi boleh terima..bab kena muntah tu..memang cannot go kawe..

memula ingat side effect ni sebab makan clomid..bila jumpa Dr baru la dia kata side effect ni banyak disebabkan oleh metformin (tu la pepandai jadi Dr..haha)

clomid pon still ade side effect..cuma side effect dia saya dapat ialah pening2 lalat...

bila jumpa Dr balik dia suggest kalau rasa tak boleh makan so tak payah makan pon takpe..ataupon try makan sebiji (850mg) je dia kata (time ni jumpa Dr lain dari Dr yang bagi metformin tu)...ape lagi bila dengar kata tak payah makan..hep hep hooray la..terus tak makan langsung balik tu..

bila jumpa kali kedua sebab datang period(cycle yang pertama tak jadi)..saya jumpa Dr yang sama bagi Metformin tu..dia pulak suruh makan balik..jangan tinggal....huhuhu..

so sekarang saya memang makan la metfomin tu cuma tak berani nak makan 2 biji..takot jadi macam aritu..sobsob

dah la ubat dia besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....tak suka nya!!!

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

diet for PCOS

PCOS Diet Is Not Just For Weight Loss

Women suffering from PCOS seem to lose weight with difficulty as a result of high insulin levels due to insulin resistance, also called syndrome x, associated with PCOS. Insulin levels, when high stimulate the storage of fat. This is a metabolic disorder that can be corrected by following a healthy diet. Be very cautious of all the different diets for this and that. You need a specific diet for your body constitution and for your specific metabolic type. My advice is to seek advice from a holistic nutritional consultant that can help you develop a dietary schedule that is right for you. Diet is the most important stepin the prevent and natural treatment of PCOS

selebihnya boleh baca dekat sini

banyak jugak dia terang yang lain..

IMG_7188

So...Ini adalah breakfast saya untuk pagi ni…toast wholemeal bread and oats+horlicks... tengahari ni baru amik nasi..semalam seharian makan roti..memang terkenang-kenang akan nasi panas yg dimakan bersama kari ikan..huhuhu…ohh..saya suka kari…hehe…sebab tu suka nasi kandaq kot..kuah campoq..perghhhhh….boleh nangis kalau ingat makanan..hehehe..

baru start diet dari semalam..harap-harap dapat bertahan..nasi pulak saya makan brown rice..high fiber and low carbohydrates...

kesimpulan yang saya dapat baca dari tempat tu dan juga tempat2 lain ialah

1 ) takboleh/rarely makan daging..sebab daging contain hormon haiwan tu which is PCOS ni dah terlebih hormon yg tu..

2) protein yang datang dari haiwan itu juga not good for PCOS

3) most important diet mesti high fiber..at least 20-30g untuk satu hari..my 2pcs roti is only 4g..and one cup of oatmeal is 4g..baru 8g pagi ni...mana nak cari lg 22g fiber ntah...

4) kena jadi vegetarian and also 'fruitarian'..

and banyak lagi pantang larang nya...tapi saya planning dalam seminggu 6 hari saya diet..satu hari lagi saya makan apa yang saya nak..hihi...boleh ke gitu...sedihnyaaa..

bertahan lah mummy!!!!
Read More

Tuesday, April 12, 2011

nama anak

pernah tak korang dalam duduk saja-saja tu kan..bukak website senarai nama untuk anak lelaki/perempuan..

dulu waktu kerja selalu bukak website nama-nama baby lepas tu berangan nak buh nama apa..

cari maksud yang best-best..cari nama yang nak dekat dengan nama kita lah..dekat nama hubby lah..nak bubuh nama mak la kat baby..macam2 pikir time tu...

cari nama macam esok tu nak bersalin sangat dah..hehehe..saja suka-suka

tapi itu semua angan-angan...angan-angan yang berharap ianya akan menjadi realiti...insyaAllah

saya suka nama yang ringkas tapi maksud yang baik..kalau boleh nak letak nama yang ade satu patah perkataan je...sebab bagi saya kalau nama panjang-panjang pun at last panggil satu nama je kan..(tengok..berangan lagi)

sampai sekarang tercari2 lagi nama apa....so far nama fahim yang paling berkenan dia hati

errr...nampak sangat nak boy..hehe

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

PCOS

ade sape2 yang satu kapal ngan saya? saya tau PCOS ni sejak saya baca portal alam hamil juga baca dekat forum dia sama..pastu search info2 lain sikit2...masa tu saya tau kemungkinan besar saya ade PCOS..cuma masa tu belom confirm ngan Dr je lagi..tapi bila dah check memang Dr confirm ade PCOS sebab ade folikel2 kecil kat sekitar ovary pastu bila scan kat perut nampak macam ade ring... :)

jom kita baca sikit sebab PCOS ni..PCOS ni kalau dalam bahasa senang nya..tiada ovulasi..kalau tiada ovulasi maka tiada telur..jika tiada telur maka macam mana dia nak senyawa ngan sperm yang sedang berenang2 dia tepian pantai ovari itu..hihi

credit to portal.alamhamil.com dan juga wikipedia


Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Kebanyakkan penghidap PCOS mengalami simptom yang berbeza seperti:
Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis

Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.



Rawatan


Rawatan untuk PCOS seringnya disesuaikan, bergantung kepada matlamat-matlamat pesakit. Jika pemulihan pengovuman dan kesuburan diingini, jadi metformin dan/atau klomifen sitrat akan diberikan. Untuk kes-kes kerintangan klomifen, suntikan hormon perangsang folikel boleh digunakan. Jika hirsutisme merupakan kebimbangan utama, jadi kontraseptif mulut dan siproteron asetat ataupun spironolakton (sejenis penghalang reseptor androgen) digunakan.

Sebaliknya, jika matlamat ialah untuk mencegah kesan estrogen anovulasi yang tidak terhalang dan yang boleh mengakibatkan hiperplasia endometrium dan kanser endometrium, maka kontraseptif mulut atau progestin siklik akan diberikan.

Diet-diet karbohidrat rendah dan senaman tetap yang kekal juga amat bermanfaat. Lebih baru-baru ini, doktor-doktor dan pakar-pakar pemakanan sedang menyarankan diet GI rendah yang sebahagian besar jumlah karbohidratnya diperoleh daripada sumber-sumber buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijian sempurna. Diet-diet ini membantu wanita-wanita yang mengalami PCOS untuk memeihara aras-aras gula darah dan insulin yang tetap dan membantu dalam hilang berat. Diet yang terdiri terutamanya daripada makanan GI rendah bersama dengan senaman tetap juga akan membantu memerangi kesan-kesan kerintangan insulin.

Banyak wanita mendapati bahawa ubat penurunan insulin seperti metformin hidroklorida (Glucophage®), pioglitazon hidroklorida (Actos®), serta rosiglitazon maleat (Avandia®) amat membantu, dan pengovuman boleh memulakan semula jika agen-agen ini digunakan. Banyak wanita melaporkan bahawa penggunaan metformin mengakibatkan sakit perut, cirit-birit, dan hilang berat. Kesan-kesan sampingan tersebut biasanya akan hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Kedua-dua gejala dan hilang berat kelihatan dikurangkan dengan versi-versi ubat pembebasan perlahan.

Kebanyakan kajian terbitan menggunakan metformin generik atau versi ubat biasa yang bukan pembebasan perlahan. Memulakan dengan dos rendah dan beransur-ansur menambahkan dos pada sepanjang tempoh 2-3 minggu serta memakan ubat pada akhir sarapan mungkin dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan. Walaupun penggunaan suhu badan asas atau carta-carta BBT kekadang dinasihati untuk meramalkan pengovuman, percubaan-percubaan klinikal masih belum menunjukkan sebarang peranan yang berguna. Masa selama enam bulan mungkin diperlukan untuk melihat kesan positif, tetapi apabila digabungkan dengan senaman dan diet indeks glisemia rendah, sehingga 85% daripada pesakit-pesakit akan memperbaik ketetapan kitaran haid dan pengovuman mereka.

Penyelidikan permulaan juga membayangkan bahawa risiko keguguran dikurangkan dengan ketara apabila Metformin dimakan pada sepanjang tempoh kehamilan (9% berbanding dengan sehingga 45%); bagaimanapun, penyelidikan lanjut masih diperlukan dalam bidang ini.
Bagi para pesakit yang didapati bahawa ubat peka insulin tidak berkesan tetapi masih hendak mengandung, terdapat banyak pilihan yang sedia ada, termasuk klomifen sitrat untuk mencetuskan pengovuman serta prosedur-prosedur ART seperti hiperstimulasi ovari terkawal dan IVF.

Perangsangan ovari menimbulkan risiko hiperstimulasi ovari yang berkait bagi para wanita yang mengalami PCOS — suatu keadaan berbahaya dengan morbiditi dan kekadangnya juga kematian. Perkembangan-perkembangan baru-baru ini membenarkan oosit yang wujud di dalam folikel berbilang untuk dikeluarkan daripada kitaran-kitaran semula jadi tak teransang, dan kemudian dimatangkan in vitro sebelum IVF. Teknik ini dikenali sebagai IVM (bahasa Inggeris: in-vitro-maturation) atau pematangan-in-vitro.

Walaupun pembedahan biasanya merupakan rawatan jalan terakhir, ovari polisistik boleh dirawat melalui prosedur-prosedur pembedahan seperti:
elektrokauterisasi laparoskopi atau pengkauteran laser
peresekan baji ovari (kini jarang dilakukan kerana ia lebih invasif, dengan risiko pelekatan sebanyak 30% dan kekadangnya lebih teruk, dan boleh menjejaskan kesuburan) yang merupakan terapi lebih lama
penggerudian ovari

tu je info utk hari ni..

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Monday, April 11, 2011

11 tip untuk hamil dengan cepat

diambil dari portal.alamhamil.com

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

1. Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) sejak stop jap jumpa doc..maggi seminggu sekali wajib..huuuu..padahal sebelom tu pantang kemain lagi

2. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. erk..aritu ade baca elok makan daging..kat sini tulis lain plak..pastu ade sumber kata soya tak bagos..huuu..macam2..tapi dah lama tak minum soya..

3. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.nnt ai beli oats..hihi..tambah satu lagi product nak makan...adehhh..banyak nyeeee kena makan

4. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.alerr..tak kan nak makan roti tetiap hari kot...harus kurus mak macam ni..orang utara cari nasi tetiap pagi ohh....

5. Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese. aritu ada baca mana ntah..elok makan cheese..pening dah makcik..kemain lagi makcik beli cheese..tapi makcik tak makan pon..hihihi

saya amik sikit je info..yang lain2 boleh baca sendiri yek..hehehe.

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

I would die for that

memula kenal lagu ni dari blog ni..lepas tu cari kat utube..so dari pagi tadi duk dengar lagu ni..pagi2 lagi dah emo duk nagis sorang2..hihihi…sebaik je duk umah sensorang Smile

Jenny was my best friend.
Went away one summer.
Came back with a secret
She just couldn't keep.
A child inside her,
Was just too much for her
So she cried herself to sleep.


And she made a decision
Some find hard to accept.
To young to know that one day
She might live to regret.


But I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that she had.
I would die for that.


I've been given so much,
A husband that I love.
So why do I feel incomplete?
With every test and checkup
We're told not to give up.
He wonders if it's him.
And I wonder if it's me.


All I want is a family,
Like everyone else I see.
And I won't understand it
If it's not meant to be.


Cause I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that they have.
I would die for that.


And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
For that kind of love,
What I'd give up!
I would die for that.


Sometimes it's hard to conceive,
With all that I've got,
And all I've achieved,
What I want most
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."


I would die for that.
Just to have once chance
To hold in my hands
What so many have
I would die for that.


And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
How I would love
What some give up.
I would die ...
I would die for that.

Read More

tanda-tanda hamil

kita selalu tertanya-tanya2 adakah kita hamil atau tidak..kadang2 keliru tanda-tanda itu datang sebab ingin datang bulan ataupon kita sedang hamil,..

saya pon selalu je..bila breast mengembang, sakit pinggang, kaki krem, lepas tu lewat period..mula pikir yang dalam perut ni ade “sesuatu”..mula la gosok-gosok sendiri..lepas 3 4 kali test takde ape..dan dan tu jugak period tu datang esok nye..tak dan nak feeling lelebih..hehe..kat bawah ni adalah tanda-tanda kehamilan yang saya ambil dari portal alam hamil..

dr raja junaidah tu pon saya pernah jumpa masa 6 bulan saya kawen sebab period tak datang..tapi dia suruh tunggu setahun kalau nak amik apa-apa rawatan kesuburan..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8/10 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

Read More

IUI

bila tgk ramai orang buat IUI rasa macam bila la time saya pulak..

lambat pulak rasa nak mai period

padahal baru baru masuk hari ke 14 hari ni,.huhuhu

tak sabar nak buat appointment ngan LPPKN

See ya

Assalamualaikum :)
Read More

Saturday, April 9, 2011

blog best

pagi2 lagi dah blog walking...semalam busy sikit sebab ade sedara datang tido umah..makanya susah sikit nak duduk depan kompiter

masa jalan2 tadi saya baca blog Mrs.shizni

saya tersentuh dengan entry yang dia buat dan membuat kan saya berpikir sejenak. :)

kemudian dari blog beliau saya jumpa blog yang membuat kan saya nangis dengan enty yang dia buat..


saya syer kat sini supaya kawan-kawan TTC saya yang lain dapat baca sama-sama dan saya harap dengan tulisan mereka kita mendapat semangat baru

insyaAllah..
Read More

update lelaju

bapa hari dah tak update ni..aritu masa memula bukak blog kemain sehari sampai 2 3 post kan..hehehe..

bukan tak nak update..idea nak update takde..mungkin sebab tak amik ape2 rawatan lagi bulan ni..so takde la update nyer..blog ni khas untuk TTC..so kalau nak update yang harian tu sebenarnya memang banyakkkk...hehehe...

saya semakin rimas ngan facebook orang yang suka tag-tag gambar..gambar anak tag kat kita..untuk ape...untuk suruh orang komen anak dia comel? camtu? untuk orang puji2 anak dia..gitu ke?

tak perlu la nak tag..kalau dah kata buh kat facebook..semua orang dah nampak kalau orang fren ngan dia..kan..tak tag pon orang dah tahu gambar tu...

yang tu yang paling tak suka..patu makin banyak la notification bila banyak orang yang dia tag tu duk komen...haiyaaa..rimas rimas...
Read More

Wednesday, April 6, 2011

TTC forum

saja nak syer forum TTC yang rajin saya pergi terjah..

ade ke kawan-kawan yang join forum tu sama?

haaa..cuba teka saya nickname yang mana..hehehe


till then :)
Read More

thinking..hmm

semalam setelah berbincang panjang lebar dengan hubby..nak mintak dia nak try kat LPPKN pulak..sebab aritu pi PMC tak dapat berita gembira..mana tau kalau pi LPPKN ni lain cerita ke kan..

memula hubby macam takmo tukar sebab dia malas nak layan isteri dia yang banyak songeh ni sekejap sana sekejap sini

tapi setelah dipujuk-pujuk akhirnya dapatttt jugak tukar..tapi dah siap pesan kalau ape-ape jadi misal la doctor tak de lagi ataupon kena tukar doctor atau pon orang situ tak best ke..jangan duk buat muka dia kata..huhuhu..baik laaaaahhhhh

tapi diam tak diam pon risau gak ni kot pi sana lain plak citer..haiyaaaa...

semalam jugak hubby cakap yang sebenarnya dia tak suka proses IUI or IVf or whatsoever...dia cakap macam tak natural menda tu..kita di lahirkan sebagai winner..u know what i mean?..hmmm...macam dalam banyak2 sperm yang berlumba nak ke ovum..sperm yang menang itu adalah kita yang telah dilahirkan di dunia

tapi apa boleh buat wahai suami ku...kalau isteri mu ini mudah untuk memberi kan zuriat kepada mu..kita tak perlu bersusah payah macam ni..sobsob...

tapi jugak explain dekat dia..walau macam mana pon kalau dah semua cara kita dah guna..nak taknak kita kena guna jugak cara tu...

hmmmm!!


till then :)
Read More

Tuesday, April 5, 2011

syifa al-hidayah

akhir...berjaya juga call syifa al hidayah..

tapi

perghhhh

call arini dapat appointment 26 may

perghhhh

lebih kurang 2 bulan lagi tu

ntah boleh ingat ke tidak tak tau la

huhuhu

alahaiii...lamanya..

sob sob



till then :)
Read More

supplement

sekarang ni..supplement yang saya makan (kadang-kadang la kan..hikhik)

1) habatussauda + madu

2) asid folic

3) metformin

4) hi goat (orang kata susu kambing blend ngan kurma pon bagus)

5) cocoa colagen (ni suppliment untuk kecantikan..hikhik)

6) jus bidadari ( kesihatan dalaman ehemm. :p)

7) air ribena yang kaya dengan vitamin C (boleh di jadikan suplimen kah..tapi ia nya sedappp)

8) edited : di padam kan kerana tak sesuai untuk TTC...

9) oh lupa plak..pil shatavari from himalaya

10) last sekali untuk supplimen hati..baca quran setiap hari, setiap malam jumaat baca yassin..

dah banyakk sangat menda nak kena makan sampai tak tau nak makan mana satu..hehe

last sekali satu pon tak makan

hubby kata nak beli tu tak dan dan..dah ade tak makan pulak..mencik!


till then :)
Read More

doc LPPKN

ingat kan saya seorang saja yang susah nak berjumpa ngan doctor LPPKN

rupanya masih ade rakan yang mengalami situasi yang sama..

doctor asyik cuti..bila time kita period..takboleh nak buat appointment ngan dia sebab dia takde..

pastu nak kena tunggu next period..period udah la 2 3 bulan sekali..

lepas tu bila time kita dah datang period lagi selepas 2 3 bulan tu

tak bolehhhh jugakkk buat appointment sebab dia amik cuti lagi..haiyaaaa..

apa boleh buat..kena ikut jadual dia...sebab tu juga la pegi PMC.. :)


till then :)
Read More

hidup biarlah bersyukur

walaupon saya tiada anak

tapi saya ada suami yang sangat memahami

walaupon saya tiada anak

tapi saya masih mempunyai ibu dan bapa

Ya allah aku mensyukuri segala nikmat yang telah engkau berikan kepada ku

ampun kan segala dosa ku ya Allah
Read More

Monday, April 4, 2011

kisah LPPKN lagi

lagi kisah LPPKN...tapi kali nak update..bukan sebab pegi LPPKN tapi sebab dah berubah arah ke putra medical centre sg buloh

sekarang ni tak pegi dah LPPKN..tak pegi sebab masa tukar keje susah nak mintak cuti..ye la kan..kita baru lagi kat opis tu tetiba nak mintak cuti bagai..cam tak patut plak..kalau appointment LPPKN ni plak normally waktu keje..so susah sikit..at last decide ngan hubby berubah ke PMC..dekat dan mudah sebab boleh buat appointment malam..

tapi sekarang dah jadi full time house wife...plan macam nak pi LPPKN balik..tapi nanti la bincang ngan hubby balik sebab dia macam tak mau sebab sekejap sana sekejap sini..

dekat PMC dah amik treatment dah 2 kali cycle dah..tapi 2 2 nya tak berjaya.sekarang baru je abis period..cuma period kali ni tak pegi PMC dah untuk makan clomid..sebab ingat nak try cara lain pulak..nak pegi syifa al hidayah..tapi dari pagi tadi call asyik laaaa busy...hmm...ramai agaknya nak buat appointment ngan derang..takpe lah..try la esok2..mana tau ade rejeki

dekat PMC doc bagi clomid, asid folic ngan metformin..clomid tu memang tak mis makan la masa tu..tapi bab nak makan metformin tu..perghhh...dah la ubat dia besar nak mampos..pastu bila makan je asyik rasa nak termuntah..seksa betul..so jarang2 la makan sebab tak tahan bab muntah tu..kul 3 4 pagi dah bangun muntah...lebih kan orang preggy lagi..orang preggy pon muntah tak teruk macam tu..

bila dah jadi cam tu memang amat lah jarang-jarang sekali makan..

k lah..till then :)

Read More

3 kali dah


hai hai hai

sepatutnya bila period datang, 1st day period kena call LPPKN utk buat appointment ngan doc..seperti gambar dia atas..sepatutnya period bulan september kan..tp period saya ni panjang...so bulan 15 october baru dia datang...datang plak tu masa hari jumaat petang...so kalau nak buat appointment dah xsempat la sebab petang kan...mana ade orang nak pickup phone..

so tunggu isnin je..ingat nak gamble je pegi hari isnin tu...berserah je la kalau dia nak terima ke x..kebetulan isnin tu pulak sakit belikat...sakit2 pon gagah pegi jugak sebab ingat klu nak tunggu next period mmg lambat la..xmau tangguh buat semua2 ni..kalau boleh nak cepat2

harap sangat masa konvo nnt aku tgh mengandung..

so masa isnin pegi tu dia x boleh nak amik saya..sebab x buat appointment plus if jumpa doc sekarang pon..nnt bila period di antara hari yg ke 10-13 camtu..dia akan suruh datang balik utk check telur ade ke x...tp time tu doctor pulak xde..so nak xnak dia mmg x boleh amik aritu....hummm....nak buat camni...xde rezeki...

so kena tunggu next period pulak untuk buat appointment lain ngan doctor..harap2 xde lah masalah apa2....harap2 sgt... :)
Read More

kali ke dua

Hari ni ade lah hari ke 3 period, so mmg ade appointment ngan LPPKN utk amik darah tgk tahap hormon, sebelom tu saya dah telefon dia cakap nak datang amik darah seme..dia kata kalau amik darah datang je..klu nak buat appointment baru call situ..so ok la..pastu saya amik kesempatan mintak tukar doctor perempuan masa call tu..dia cakap xpe..datang je..nnt kita tgk macam mana..

so masa sampai kat LPPKN td aku terus letak kad kat tempat yg sepatutnya..masa nak bg darah tu dia bg balik kad tu..saya tgk nama doc kat kad tu dah bertukar kepada doc perempuan, Alhamdulillah sgt2..rasa nak loncat2..hehe..doc hamizah nama dia..doc tu saya penah jumpa kat klinik dia..dia la yg suruh p LPPKN..sebab dia x buat treatment kat klinik dia tu..doc hamizah tu kawan yg suggest suruh p kat dia..

so next appointment nnt ialah hari ke 21 period..kena amik darah lg utk tgk tahap hormon pada hari ke 21 tu...lepas tu baru la buat appointment ngan doc hamizah..

mggu depan plak appointment dgn doc ju kat columbia asia utk buat HSG Xray

td kena caj RM96 utk amik darah n check seme tu..(just utk informasi..bukan saje2 aku nak bgtau berapa kena bayar)

harap2 semuanya berjalan ngan lancar...YaAllah permudahkan lah urusan hamba mu ini..aminnn
Read More

1st time pegi LPPKN

entry ini bukan la entry untuk membuka pekung ke daung di dada..ekeke...entry ni adalah info untuk sesapa yg nak pegi ataupon info untuk diri anda sendiri..kiranya macam pengetahuan Am tingkatan 6 gitu kan....kiranya kalau ade org tnya or ade org nak pegi xkira la sedara or kawan2..korang dah tahu la info ape yg perlu untuk cakap kat dia..sekali lg cakap..ini adalah utk info semua OK!

saya x kisah nak kongsi cerita ni sebab saya tahu saya mmg bermasalah..

ok mari kita start cerita 1st time pegi LPPKN


1st sekali kena buat appointment..call je sana cakap nak buat appointment..seelok2nya buat appointment masa antara hari ke 2 ke hari ke 5 period..kiranya masa 1st day period terus call buat appointment..klu nampak kat gambar tu ade tulis D2-D5 maksudnya day 2 sehingga day 5 period...

utk 1st time p dia akan suruh kita amik cuti..maybe sebab lama kot..sebab lelaki pon kena check jugak time tu...masa p tu hubby naik tingkat 7 utk test sperm dia..saya plak dia akan panggil nanti utk interview skit bab2 keluarga...dia akan tanya soklan sensitif skit kadang2..macam ade masalah bila bersama ke, ade masalah ngan suami ke.. keluar darah ke and whatsoever lah

saya x kena check sebab saya xde period masa p tu..sebab tu saya pesan klu nak p sana biar ade period supaya x buat keja 2 kali cam saya ni..hikhik

pas abis semua tu dia explain ape yg kena buat lepas tu..dia akan bgtau result ujian sperm seme..pastu dia suruh buat HSG xray, HSG xray tu kena buat antara Day 9 to Day 11 period, sebesar2 LPPKN tu mmg xde utk buat HSG xray.....grrr...dia akan suruh buat kat spital lain..HSG xray dia akan suruh bawak next appointment nnt..

kesimpulannya masa 1st period call 2 tempat..pertama, LPPKN utk buat appointment dan kedua, private hospital utk buat HSG xray... kos utk HSG xray klu hopital tawakal RM180 klu columbia asia puchong RM220 xsilap..

lepas buat HSG xray digalakkan utk bersama selepas itu..sebab ape saya cakap camtu..sila baca info di sini ..x reti nak explain lebih2

selepas selesai register, kena interview dan HSG xray sume2 tu, next period (Day 1) dia akan suruh buat appointment(refer jadual kad utk bulan ogos) ..masa tu baru laaaa jumpa dokter...tgk x berapa kos nak jumpa dokter n kos ubat sekali..lebih kurang RM600-RM800..fuhhhh...klu keje gomen boleh claim ok...

masa 1st time p tu xsampai seratus bayar utk caj ujian sperm n pendaftaran, if saya kena check gak aritu maybe lebih lg kena..so prepare sesiap at least RM200 masa p sana..tp masa call nak buat appointment tu pon dia akan pesan kat bawak duit banyak mana..hehe..

saya adalah x pegi selepas itu sebab?nampak kad kedatangan bawah ni..dia bagi dokter lelaki..ohh..cannot go kawe..kawe x sanggup dr lelaki tgk kawen punya tuttttt...huhu..

masa 1st time pegi tu mmg xde jumpa dokter sebab dia baru buat sesi interview je. so setelah saya cuba cakap ngan dia tp dia x bg tukar dokter lelaki..dia kata kalau boleh semua org nak dokter perempuan so saya blah ngan perasaan sgt2 hampa macam nak nagis raung2..hubby kata xpe nanti dia bawak p tempat lain..huhuhu..saya tau dapat dokter lelaki bila nak dkt balik..

oleh itu kalau pegi sana..masa register tu slow2 cakap la kat orang yg jaga kaunter depan tu..kalau boleh nak dr perempuan untuk buat pemeriksaan nnt...apa2 pon kita usaha dulu kan..dapat x dapat ka itu dokter perempuan belakang kira..



sekian saja entry :)
Read More

Sunday, April 3, 2011

Assalamualaikum :)

Sebenarnya dah lama nak buat blog tentang apa yang telah saya buat sepanjang TTC..saja untuk simpanan supaya saya boleh tengok balik susah senang saya TTC..

dan akhirnya terjadi juga blog ni.. :)


Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© My JOurNeY tO bE A MOmmY, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena